[Masuk] [Daftar]

Informasi Sekolah
 Sejarah Sekolah
 Visi dan Misi
 Falsafah Sekolah
 Objektif Sekolah
 Dasar Kualiti Sekolah
 Piagam Pelanggan
 Lencana Sekolah
 Bendera Sekolah
 Lagu Sekolah
 Lokasi Sekolah
 Pentadbiran Sekolah 2018
 JK Kurikulum Sekolah
 JK Hal Ehwal Murid
 JK Kokurikulum Sekolah
 Video SKSR
 Keratan Akhbar
 Dasar Privasi
 Dasar Keselamatan
 Gambar Aktiviti Terkini
 Perutusan Guru Besar
 Pasukan Rokamia
 Mantan Guru Besar
 Info Daripada Guru Besar
 Kejayaan Murid
 Info PIBG SKSR
 Pendidikan Khas
 Buku Digital Keluaran KPM
 SYNC SCHOOL MESSAGING
 BLOG GURU SKSR
 GAMBAR KEJAYAAN MURID 2017
Pautan Web Kerajaan
Agensi Kerajaan


Gerbang Kementerian Pelajaran Malaysia
saps
Ithink
sps
PBS
1M1S
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Support Ticketing System
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Portal Bahagian Sekolah KPM

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Web TV Pendidikan

Bidang Keberhasilan Utama Negara

EDU Web TV

mySchoolNet

Tutor Utusan

EMIS ONLINE

MAMPU

Pusat Kokurikulum Perak

UPIPPDKU

e-GTukar

Kementerian Pengajian Tinggi

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Jemaah Nazir Sekolah Malaysia

Lembaga Peperiksaan Malaysia

Puspanita KPM

Perbendaharaan Malaysia

Lembaga Hasil Dalam Negeri

Dewan Bahasa & Pustaka

Multmedia Super Coridor

PKG Seri Ampang
Portal JPN & PPD

JPN Perak
PPD Kinta Utara
PPD Batang Padang
PPD Manjung
PPD Kuala Kangsar
PPD Hilir Perak
PPD LMS
PPD Kerian
PPD Hulu Perak
PPD Perak Tengah
PPD Kinta Selatan
Perutusan Guru Besar




Perutusan Guru Besar


Assalamualaikum WRTH.

Syukur Alhamdulillah kerana saya masih lagi diberikan nafas untuk memberikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sememangnya coretan yang dicatatkan ini pasti boleh memberikan sedikit pandangan untuk kita kongsi bersama sebagai seorang kalifah Allah di bumi tercinta ini.

Dunia pendidikan dewasa ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit untuk menjayakan satu tugas besar dalam mendidik satu generasi yang serba boleh untuk dimanafaatkan. Pendidikan yang hanya berbekalkan papan batu dan kapur tulis telah lama berlalu. Prasarana ini telah digantikan dengan ilmu alam maya yang boleh diteroka di mana saja kita berada. Dengan hanya satu sentuhan pada papan kekunci sesaorang pelajar itu akan mendapat jutaan maklumat untuk meneroka alam ini. Kadang-kadang ada yang mengatakan guru tidak perlu lagi di abad ke 21 ini. Komputer pastinya boleh mengambil alih tugasan ini. Satu objek yang hanya kaku terletak di satu sudut pastinya akan kekal sebegitu selamanya kalau tidak ada individu yang menyentuhnya. Lantaran itu guru tetap mempunyai peranan yang begitu agong di planet bumi ini. Guru adalah individu yang punya roh dan jasad untuk mendidik manusia yang sempurna untuk hari ini , esok dan pasti selamanya. Agama Islam meletakkan tugas guru ini ditempat yang paling atas kerana ilmulah yang akan membawa keluar sifat jahil manusia ke alam kebenaran. Semua yang ada didunia ini akan ditinggalkan bila sesaorang anak Adam itu kembali ke alam baqa kecuali ilmu yang bermanafaat yang ditinggal dan diamalkan oleh mereka yang tinggal di dunia ini.

Justeru itu bangunlah wahai pendidik untuk sama-sama memanafaatkan peluang yang ada ini untuk memberikan sebaik-baik ilmu kepada anak-anak . Ketepikan senyuman sinis yang sentiasa dilemparkan kepada kita oleh insan nakal yang mahu menguji kerjaya kita. Rebutlah peluang yang ada sementara matahari masih menjengukkan wajahnya di ufuk timur. Jangan hanya mengandaikan ilmu kita ini sudah cukup dan tak perlu tambahan lagi kerana ilmu yang ada ini sangat luas. Terjemahan ayat suci Al-Quran “Andainya ku jadikan pokok-pokok di dunia ini sebagai pena dan air laut sebagai tintanya maka akan keringlah air laut itu sebelum ilmu itu dapat ditulis keseluruhannya”.

Sajak Usman Awang tentang guru yang ada dibangunan Suluh Budiman Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim sudah cukup teruja yang mana antara bait-bait puisi yang sering menusuk kalbu kita ialah “kiranya hari ini seorang raja menaiki tahta, seorang hakim menang bicara, asalnya dia adalah seorang murid yang diajar kira dan baca oleh seorang guru”.

Oleh itu berbanggalah kalian menjadi seorang guru yang menunjuk ajar dan memberikan kata-kata nasihat yang pastinya akan menjadi bekalan semasa di akhirat nanti.
Wallahualam









HakMilik Terpelihara. Portal Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh _COPYRIGHT2

Dipaparkan pada: 2014-07-10 (2730 dibaca)

[ Semula ]
Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh
Jalan Kenanga, 31350 Ipoh.
M A L A Y S I A
No. Telefon : 05-312 1890
No. Fax : 05-311 5806
Email sekolah : aba2003@moe.edu.my
Hakcipta Terpelihara © 2006.

Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
Penjanaan Halaman: 0.030 Saat
::::